السلام عليكم ورحمة الله وبركـاته

SELAMAT DATANG KE BLOG PERKONGSIAN ILMU

17 Oktober 2009

ORANG TINGGAL SOLAT SAMA DENGAN ANJING HITAM

Telah diceritakan kepada saya oleh arwah ustaz asri waktu saya menemani arwah pergi berceramah di sebuah sekolah di KL....

Arwah menyatakan kisah ini diriwayatkan berlaku pada zaman Rasululllah s.a.w....

kisahnya berlaku macam ni...

Ada sepasang suami isteri tu yang baru sahaja berkahwin...mereka amat seronok di awal perkahwinan mereka...

tetapi setelah lama berkahwin si isteri ni pun bertanya pada si suami;

" wahai suamiku...kita telah lama berkahwin..tetapi kita masih belum dikurniakan cahaya mata..."

maka si suami pun berkata... "mungkin belum tiba lagi rezeki kita...sabarlah wahai isteriku..."

tetapi masa terus berlalu...bulan demi bulan, tahun demi tahun...lalu mereka mengambil keputusan untuk pergi berubat...

pelbagai cara telah mereka buat, jumpa macam2 bomoh, dukun....tetapi tetap tidak berhasil....

hati pasangan ini semakin resah gelisah..mereka berusaha, berdoa dan sentiasa mengharapkan suatu hari nanti mereka akan menimang cahaya mata....

pada suatu hari suami isteri ini keluar berjalan-jalan... mereka telah terlihat ramai pasangan suami isteri yang sedang bergembira bersama anak-anak mereka...

Si isteri mengeluh pada suaminya... "wahai suamiku...hingga sekarang kita belum mendapat anak lagi...bilakah Allah akan kurniakan kpd kita cahaya mata?"

pada waktu itu juga, si suami yang amat menyayangi isterinya telah terlihat seekor anjing hitam sedang kencing di tepi jalan...

Lalu...si suami ini membuat nazar yang luar biasa... dia telah bernazar bahawa jika Allah kurniakan mereka cahaya mata. si suami akan minum air kencing anjing hitam tersebut dengan disaksikan oleh isterinya....

selang beberapa bulan, si isteri didapati hamil...makan gembira bukan kepalanglah pasangan suami isteri ini....

selepas 9 bulan mengandung...si isteri pun melahirkan anak...mereka berdua amat gembira dikurniakan cahaya mata setelah beberapa tahun berkahwin...tetapi....mereka telah lupa akan nazar mereka pada Allah S.W.T.....

bulan demi bulan berlalu, tahun demi tahun berlalu...mereka terus membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang....

pada suatu hari... si Isteri ini mengajak suaminya untuk membawa anak mereka berjalan-jalan...

mereka sekeluarga pun keluarlah berjalan-jalan.... tiba-tiba sedang waktu berseronok...si isteri terlihat seekor anjing hitam sedang kencing di tepi jalan... lalu si isteri pun teringat nazar yang belum ditunaikan oleh suaminya itu...lalu mereka berdua pun bergaduh kerana masing2 tidak mahu menunaikan nazarnya itu...

kata si suami, "takkan abg kena minum air kencing anjing tu?" si Isteri kata; " yela, kan abg yang bernazar..." si suami menjawab " Tak mahu...! awaklah minum!!" si isteri pulak jawab... "tak mahu...!!!".

lalu, untuk menyelesaikan masalah mereka berdua, si isteri mengajak si suami untuk bertanyakan hal ini kepada Nabi....

Lalu mereka pun pergilah berjumpa dengan nabi...dan menceritakan kisah yang mereka alami itu kepada nabi....

Nabi pun memberitahu mereka supaya pergi ke hujung kampung ini, ada sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga... kata nabi...kamu tunggulah di rumah itu sehingga hujan turun... dan apabila hujan turun, kamu tadahlah air yang jatuh dari bumbung rumah tersebut dan minumlah air itu, maka nazar kamu akan tertunai....

maka pasangan suami isteri ini pun melakukan apa yang disuruh nabi itu... setelah selesai melaksanakan apa yang diperintahkan oleh nabi itu... mereka berdua pun tertanya-tanya...apakah kaitannya air hujan itu dengan air kencing anjing hitam? lalu mereka berdua pun pergi berjumpa dengan nabi sekali lagi...

Mereka berdua bertanya kepada nabi...wahai nabi..apakah kaitannya air hujan yang mereka minum itu dengan air kencing anjing hitam....

Lalu nabi pun menjawab yg maksudnya lebih kurang...."Tidak ada salahnya air hujan itu...tetapi air hujan itu telah melalui pada bumbung rumah sebuah keluarga yang tidak pernah sembahyang...ahli-ahli rumah itu telah meninggalkan sembahyangnya...maka mereka ibaratnya seperti anjing-anjing hitam...maka, air hujan yang terkena bumbung rumah mereka itu ibaratnya air kencing dari anjing hitam....."

Pengajarannya? Janganlah tinggal solat jika kita tidak mahu dibangkitkan seperti anjing hitam di akhirat kelak.....fikirkanlah.... wassalam... jumpa lagi...

28 Ogos 2009

16 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum w.b.t...




13 Ogos 2009- merupakan tarikh yang akan diingati sampai bila-bila oleh semua yang mengenali dan menyayangi Ustaz Asri....

Ustaz Asri...telah pergi buat selamanya...telah pergi menemui Penciptanya...telah meninggalkan kita semua...yang tinggal hanyalah secebis kenangan..

Tiada siapa yang dapat menggantikan beliau...

Ustaz asri...telah saya kenali dalam 10 tahun yang lalu...



Saya hanyalah seorang pelajar ting.3 yang baru sahaja meminati nasyid pada ketika itu...

Masih saya ingat...persembahan pertama Rabbani yang saya lihat..di Gelanggang seni, Kota Bharu...

Wajahnya masih segar di dalam ingatan saya apabila dia senyum melihat saya...






Ketika itulah saya mengenalinya apabila dia memanggil saya sebagai penonton untuk menyanyikan lagu rabbani...

Mula dari situ, saya tidak pernah ketinggalan setiap persembahan Rabbani di Kelantan...

Saya mula berbaik dengan ustaz..minta no.telefon ustaz...terus berhubung dan menjadi kawan...



beberapa tahun berlalu..Rabbani dan saya sekeluarga terus menjalinkan hubungan yang akrab sehinggakan setiap kali ada persembahan di Kelantan, rumah saya merupakan persinggahan pertama Rabbani dan Ustaz Asri sebelum singgah ke hotel..

Sehingga pada tahun 2006 apabila saya menamatkan diploma saya...Saya dipelawa oleh Rabbani untuk bekerja dengan mereka...




Dari situ, hubungan saya dengan ustaz Asri semakin rapat...adakalanya saya digelar oleh kawan-kawan Rabbani sebagai pembantu peribadi ustaz asri, bodyguard ustaz asri dan macam-macam lagi... selepas setahun saya bekerja dengan Rabbani saya telah mendapat tawaran kerja dengan government...




Saya meletak jawatan saya di Rabbani Productions...

Walaupun tidak lagi bekerja dengan Rabbani, hubungan saya dengan ustaz Asri dan kawan-kawan Rabbani tidak pernah renggang...kami tetap berhubung..




dan pada akhir tahun 2007, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan ijazah pendidikan di UPSI...



dan perkara yang paling menjadi keseronokan bagi saya ialah apabila menjelang cuti pertengahan atau akhir semester..saya akan bekerja part time dengan Rabbani...

di situ, hubungan saya dengan ustaz ibarat sahabat sejati..abang dengan adik, ayah dengan anak, bos dengan pekerja, dan bermacam-macam lagi gelaran yang diberikan...

ke mana-mana sahaja ustaz akan mengajak saya untuk menemaninya...menjadi penghiburnya..teman untuk bersembang..teman meluahkan perasaan..teman untuk berkongsi masalah...terlalu banyak kenangan...

Ustaz...ustaz terlalu baik pada saya..wajah ustaz yang sentiasa tersenyum pada saya tidak akan saya lupakan...masih segar diingatan saya kenangan-kenangan saya bersama ustaz..masih terngiang-ngiang suara ustaz ditelinga saya ketika ustaz memanggil nama saya...duwe!!...itulah gelaran yang ustaz selalu panggil saya...ustaz..semoga persahabatan kita di dunia ini akan terus berpanjangan dan berkekalan sehingga ke akhirat nanti..ana akan sentiasa mengingati ustaz...



Semoga Allah s.w.t akan memelihara ustaz Asri selamanya...semoga ustaz akan berada di dalam golongan para solehin..semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh ustaz..

Takziah kepada semua ahli keluarga ustaz Asri...

Al-fatihah untuk ustaz Asri ( 1969-2009)...ameeen...