السلام عليكم ورحمة الله وبركـاته

SELAMAT DATANG KE BLOG PERKONGSIAN ILMU

17 Oktober 2009

ORANG TINGGAL SOLAT SAMA DENGAN ANJING HITAM

Telah diceritakan kepada saya oleh arwah ustaz asri waktu saya menemani arwah pergi berceramah di sebuah sekolah di KL....

Arwah menyatakan kisah ini diriwayatkan berlaku pada zaman Rasululllah s.a.w....

kisahnya berlaku macam ni...

Ada sepasang suami isteri tu yang baru sahaja berkahwin...mereka amat seronok di awal perkahwinan mereka...

tetapi setelah lama berkahwin si isteri ni pun bertanya pada si suami;

" wahai suamiku...kita telah lama berkahwin..tetapi kita masih belum dikurniakan cahaya mata..."

maka si suami pun berkata... "mungkin belum tiba lagi rezeki kita...sabarlah wahai isteriku..."

tetapi masa terus berlalu...bulan demi bulan, tahun demi tahun...lalu mereka mengambil keputusan untuk pergi berubat...

pelbagai cara telah mereka buat, jumpa macam2 bomoh, dukun....tetapi tetap tidak berhasil....

hati pasangan ini semakin resah gelisah..mereka berusaha, berdoa dan sentiasa mengharapkan suatu hari nanti mereka akan menimang cahaya mata....

pada suatu hari suami isteri ini keluar berjalan-jalan... mereka telah terlihat ramai pasangan suami isteri yang sedang bergembira bersama anak-anak mereka...

Si isteri mengeluh pada suaminya... "wahai suamiku...hingga sekarang kita belum mendapat anak lagi...bilakah Allah akan kurniakan kpd kita cahaya mata?"

pada waktu itu juga, si suami yang amat menyayangi isterinya telah terlihat seekor anjing hitam sedang kencing di tepi jalan...

Lalu...si suami ini membuat nazar yang luar biasa... dia telah bernazar bahawa jika Allah kurniakan mereka cahaya mata. si suami akan minum air kencing anjing hitam tersebut dengan disaksikan oleh isterinya....

selang beberapa bulan, si isteri didapati hamil...makan gembira bukan kepalanglah pasangan suami isteri ini....

selepas 9 bulan mengandung...si isteri pun melahirkan anak...mereka berdua amat gembira dikurniakan cahaya mata setelah beberapa tahun berkahwin...tetapi....mereka telah lupa akan nazar mereka pada Allah S.W.T.....

bulan demi bulan berlalu, tahun demi tahun berlalu...mereka terus membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang....

pada suatu hari... si Isteri ini mengajak suaminya untuk membawa anak mereka berjalan-jalan...

mereka sekeluarga pun keluarlah berjalan-jalan.... tiba-tiba sedang waktu berseronok...si isteri terlihat seekor anjing hitam sedang kencing di tepi jalan... lalu si isteri pun teringat nazar yang belum ditunaikan oleh suaminya itu...lalu mereka berdua pun bergaduh kerana masing2 tidak mahu menunaikan nazarnya itu...

kata si suami, "takkan abg kena minum air kencing anjing tu?" si Isteri kata; " yela, kan abg yang bernazar..." si suami menjawab " Tak mahu...! awaklah minum!!" si isteri pulak jawab... "tak mahu...!!!".

lalu, untuk menyelesaikan masalah mereka berdua, si isteri mengajak si suami untuk bertanyakan hal ini kepada Nabi....

Lalu mereka pun pergilah berjumpa dengan nabi...dan menceritakan kisah yang mereka alami itu kepada nabi....

Nabi pun memberitahu mereka supaya pergi ke hujung kampung ini, ada sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga... kata nabi...kamu tunggulah di rumah itu sehingga hujan turun... dan apabila hujan turun, kamu tadahlah air yang jatuh dari bumbung rumah tersebut dan minumlah air itu, maka nazar kamu akan tertunai....

maka pasangan suami isteri ini pun melakukan apa yang disuruh nabi itu... setelah selesai melaksanakan apa yang diperintahkan oleh nabi itu... mereka berdua pun tertanya-tanya...apakah kaitannya air hujan itu dengan air kencing anjing hitam? lalu mereka berdua pun pergi berjumpa dengan nabi sekali lagi...

Mereka berdua bertanya kepada nabi...wahai nabi..apakah kaitannya air hujan yang mereka minum itu dengan air kencing anjing hitam....

Lalu nabi pun menjawab yg maksudnya lebih kurang...."Tidak ada salahnya air hujan itu...tetapi air hujan itu telah melalui pada bumbung rumah sebuah keluarga yang tidak pernah sembahyang...ahli-ahli rumah itu telah meninggalkan sembahyangnya...maka mereka ibaratnya seperti anjing-anjing hitam...maka, air hujan yang terkena bumbung rumah mereka itu ibaratnya air kencing dari anjing hitam....."

Pengajarannya? Janganlah tinggal solat jika kita tidak mahu dibangkitkan seperti anjing hitam di akhirat kelak.....fikirkanlah.... wassalam... jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan