السلام عليكم ورحمة الله وبركـاته

SELAMAT DATANG KE BLOG PERKONGSIAN ILMU

27 Oktober 2010

Kebaikan Menggunakan Elemen Seni Dalam Pendidikan

Mengintergrasikan seni dalam pendidikan dapat membantu guru mempelbagaikan teknik persembahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi corak pembelajaran pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Menggabungkan seni dalam mata pelajaran yang diajarkan di sekolah seperti Bahasa Melayu, Geografi, atau pun Sejarah serta mata pelajaran lain akan mempengaruhi tingkat konsentrasi dan kefahaman pelajar untuk lebih memahami tentang isi pelajaran. Sebagai contoh, mata pelajaran Sejarah yang menggabungkan elemen seni dalam proses penyampaian isi pelajaran seperti memasukkan elemen teater untuk melakonkan watak-watak tokoh sejarah pada zaman yang bersejarah akan member impak yang besar untuk pelajar mengekalkan memori untuk menghafal nama-nama tokoh dan kisah-kisah sejarah.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan pelajar dan pada masa yang sama pelajar akan belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, guru dapat mempelajari cara pelajarnya berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi guru untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu pelajar belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan pelajar.

Mengaplikasikan seni dalam pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi seorang pelajar. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong pelajar menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan